Ekonomi

Orang ramai, swasta dipelawa kongsi maklum balas stabil & kukuhkan ekonomi negara

KERAJAAN mewujudkan satu platform khusus untuk membolehkan orang ramai berkongsi maklum balas bagi menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi negara, khususnya ketika ini apabila Malaysia sedang menghadapi pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata maklum balas yang dikemukakan akan diperhalusi untuk dijadikan input dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang diadakan setiap minggu.

“Mulai hari ini orang ramai dan sektor swasta dipelawa untuk berkongsi maklum balas dengan Sekretariat EAC melalui www.mea.gov.my/ms/ekonomikita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata platform khusus ini diwujudkan hasil mesyuarat pertama EAC pada 16 Mac, 2020.

Kerajaan telah menubuhkan EAC yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan serta meningkat keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara, katanya. – BERNAMA

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button