Nasional

Covid-19: PK Kuala Nerus sedia bantuan segera

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus menyediakan talian khas bantuan bagi penduduknya yang menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan keperluan asas sepanjang tempoh dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata mana-mana penduduk di Kuala Nerus yang terputus bekalan makanan keperluan asas boleh hubungi pihaknya.

Menurutnya, mereka boleh hubungi pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing atau pegawai Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus melalui mesej aplikasi WhatsApp.

“Sekiranya tuan atau puan, dalam kesusahan dan terputus bekalan makanan seperti beras, minyak masak, bihun, gandum, ikan sardin dan lain-lain sepanjang tempoh PKP ini boleh hubungi pihaknya.

“Mohon segera hubungi MPKK di tempat masing-masing atau hubungi pegawai Pusat Khidmat Kuala Nerus, dengan menghantar mesej melalui WhatSapp ke talian kami 019-400 9726,” ujarnya kepada Harakah, hari ini.

Menurutnya, syarat kelayakan mendapat bantuan tersebut termasuk dalam senarai orang susah, miskin serta kalangan mereka yang sukar bergerak mendapatkan bekalan makanan kerana sakit kronik dan stoke (angin ahmar).

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menasihatkan orang ramai agar dapat mematuhi perintah larangan itu hingga 31 Mac ini.

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button