Covid-19: KMUM bentuk pasukan agih makanan kepada pelajar UM
KESATUAN Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) telah membentuk pasukan petugas khas Taskforce Covid-19 KMUM bagi membantu siswa dan siswi yang masih berada dalam kampus.
Tugas utama pasukan itu ialah mengagihkan makanan dan barang keperluan asas kepada para siswa dan siswi terbabit di Universiti Malaya.
“Dengan ini kami berharap mahasiswa/i bertenang dan ikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan semasa halangan pengerakan ini berlaku,” demikian menurut salah seorang ahlinya melalui hantaran di facebook.
Berdasarkan hantaran di facebook itu juga, Taskforce Covid-19 KMUM memerlukan sumbangan untuk membantu para pelajar terbabit.
Dalam posting itu mereka turut memuat naik sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sumbangan itu telah diterima oleh Presidem KMUM, Haziq Azfar Ishak.
Orang ramai yang mahu membantu KMUM boleh hubungi: