Nasional

Covid-19: Halangan kerjakan haji tepati Maqasid Syariah

HALANGAN daripada mengerjakan ibadah haji akibat daripada serangan penyakit atau pandemik seperti Koronavirus (Covid-19) bertepatan dengan Maqasid Syariah.

Namun bagi rakyat Malaysia yang sudahpun berada di Mekah, Arab Saudi sama ada bekerja ataupun menuntut di universiti, kerajaan Malaysia membenarkan mereka mengerjakan haji.

Bagaimanapun, perkara itu bergantung kepada keputusan kerajaan Arab Saudi apabila membenarkan ibadah haji dilaksanakan tetapi terhad kepada 1,000 jemaah.

“Malah ia (halangan mengerjakan ibadah haji akibat penularan wabak penyakit) juga bertepatan dengan konsep Maqasid Syariah iaitu Hifz al-Nafs (pemeliharaan nyawa).

“Sesungguhnya, Malaysia amat menerima baik pendirian kerajaan Arab Saudi.

BACA > Surau Garden Residence mohon sumbangan orang ramai — Suara Merdeka

“Ini bukan sahaja menggambarkan kecaknaan Khadimul Haramain al-Sharifain Raja Salman bin Abdulaziz dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Tetapi terhadap umat Islam diseluruh dunia bagi memastikan ibadah haji dapat dilaksanakan dengan selamat berdasarkan perspektif kesihatan umum.”

Demikian kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan yang dipetik portal MalaysiaGazette hari ini.

Tambahnya, beliau mengharapkan kerajaan Arab Saudi membenarkan rakyat Malaysia yang berada di sana mengerjakan ibadah haji pada bulan hadapan.

Justeru, beliau dilaporkan berhubung dengan rakat sejawatnnya di sana bagi tujuan berkenaan.

BACA > Warga dari pelbagai negara di Arab Saudi dibenar kerjakan haji — Suara Merdeka

“Berhubung perkara ini, saya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berjanji akan sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan Arab Saudi khususnya dengan rakan sejawat masing-masing.

“Ini bagi memastikan rakyat Malaysia yang berada di sana diberi keutamaan sekiranya kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk membenarkan ibadah haji secara terhad ini,” jelasnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah haji ditunaikan pada tahun ini walaupun ditengah-tengah kebimbangan mengenai jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun negara tersebut menghadkan jumlah bilangan jemaah yang dibenarkan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

BACA > Covid-19 di Indonesia: 49,009 kes positif, 2,573 kematian — Suara Merdeka

Menurut Arab Saudi, hanya rakyatnya dan rakyat dari negara-negara Islam lain dibenarkan untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. – SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button