fbpx
Nasional

Surau Garden Residence mohon sumbangan orang ramai

Jawatankuasa Surau Garden Residence memohon sumbangan orang ramai untuk mengumpul dana bagi menaik taraf surau berkenaan yang terletak di Cyberjaya.

Selain bagi membolehkan lebih ramai jemaah terutama semasa bulan Ramadan dan solat sunat Aidilfitri serta Aidiladha, ia juga berfungsi sebagai musolla tempat persinggahan umat Islam yang melalui kawasan berkenaan.

Pengerusi Surau Garden Residence, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, pembangunan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu membabitkan pembesaran dewan solat dan fasa kedua pembesaran belakang surau untuk kegunaan solat serta ruang pelbagai guna.

Kesemua itu dijadualkan dilaksanakan pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

Sehubungan itu jawatankuasa surau memerlukan dana sekurang-kurangnya 70 peratus bagi mendapatkan kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor.

Anggaran pembangunan fasa pertama membabitkan kos sebanyak RM50,000.

Bagi fasa kedua dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM280,000.

Orang ramai boleh menyumbang melalui akaun Maybank 568603009425 atau klik pautan: https://www.suraugardenresidence.net/infaq-pembangunan-surau

Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!