Agama

Hospital Arab Saudi sedia untuk terima pesakit untuk musim Haji

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi melalui Kluster Kesihatan Makkah mengesahkan kesediaan 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Makkah dan Tanah Suci untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan bersepadu kepada jemaah haji untuk musim haji tahun ini, 1445H.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa kluster itu menyatakan bahawa hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.

Hospital Kecemasan Ajyad akan beroperasi 24 jam sehari untuk memberikan rawatan kesihatan kepada pengunjung dan jemaah di Masjidil Haram selain tiga pusat kecemasan di halaman masjid yang dilengkapi dengan peralatan canggih untuk menangani kes kecemasan.

Hospital Al-Haram juga telah beroperasi di halaman utara Masjidil Haram.

Semua keupayaan telah dimanfaatk n untuk melatih kakitangan dan menyediakan keperluan yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan kerja di semua klinik pesakit luar di semua hospital dan pusat kesihatan, kata Kluster Kesihatan Makkah.

Sebanyak 3,944 katil telah diperuntukkan di pelbagai kemudahan kesihatan, termasuk 654 katil untuk rawatan rapi, manakala 155 ambulans akan beroperasi sepanjang musim haji, katanya.

Kredit – BERNAMA

Artikle Berkaitan :>

5,790 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button