Berita Auto

Lamborghini SE versi plug-in’ dilancarkan di Malaysia bermula harga RM1.028 Juta !

SYARIKAT Automotif dari luar negara Lamborghini Kuala Lumpur telah melancarkan keluaran terbaru mereka iaitu Lamborghini Urus SE di Malaysia versi ‘plug in’ hybrid yang pertama Super SUV dengan harga bermula RM1.028 juta.

Menampilkan reka bentuk bahari aerodinamik yang dioptimumkan seperti teknologi ‘on-board’ dan penjana kuasa hibrid 800 CV.

Menurut Pengarah Wilayah Automobil Lamborghini Asia Pasifik, Francesco Scardaoni, kenderaan ini dibina dari segi keselesaan, prestasi, kecekapan, pelepasan dan keseronokan memandu.

Lamborghini Urus merupakan pemangkin penting untuk jenama itu apabila ia mula menyertai portfolio produk kami pada 2017 di mana Super SUV menjadi jualan terbaik kami, bukan sahaja di rantau Asia Pasifik, tetapi merentasi semua pasaran di seluruh dunia.

“Pengalaman memandu Urus SE menawarkan pengalaman pemanduan yang membantu meningkatkan prestasi serta dinamik kuasa kenderaan pada ‘revolutions per minute’ (rpm) melalui penyelesaian teknikal yang inovatif seperti pengenalan sistem vektor tork elektrik antara dua gandar dan pembezaan belakang elektronik,” katanya semasa pelancaran Lamborghini Urus SE di The Yard, Sentul Depot.

Tambahnya lagi, enjin twin-turbo 4.0 V8 direka bentuk yang berfungsi dalam sinergi optimum dengan rangkaian kuasa elektrik yang menghasilkan 620 CV kuasa iaitu 456 kilowatt (kW) dan 800 Nm tork pemanduan dengan unit pembakaran digabungkan bersama rangkaian kuasa elektrik yang menghasilkan 192 CV (141 kW) dan 483 Nm tork.

 

“Bateri litium-ion 25.9 kilowatt jam (kWj) terletak di bawah lantai yang dikawal secara elektronik dengan transmisi automatik lapan kelajuan serta boleh bertindak sebagai rangsangan untuk enjin pembakaran V8, menjadikan Urus SE kenderaan 4WD elektrik 100 peratus yang mampu bergerak lebih daripada 60 kilometer (km) mod kenderaan elektrik (EV).

 

“Urus SE menawarkan tork dan kuasa yang lebih besar pada sebarang rpm atau keadaan pemanduan di mana sistem ini membangunkan jumlah output kuasa 800 CV (588 kW) pada 6000 rpm dan jumlah tork 950 Nm yang tersedia pada 1750 rpm dan sehingga 5750 rpm bagi memastikan prestasi terbaik dalam kelasnya dari setiap sudut,” katanya.

Selain itu terdapat elemen baharu lain termasuk lampu hadapan yang menampilkan teknologi lampu diod pemancar cahaya (LED) matriks.

 

Kecekapan aerodinamik juga dipertingkatkan oleh bolong udara bawah badan baharu dan saluran udara yang dirombak untuk menyalurkan lebih banyak aliran udara bagi menyejukkan komponen mekanikal dan enjin peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding Urus asal.

 

Beliau berkata, reka bentuk baharu bahagian hadapan, digabungkan untuk pengoptimuman bahagian bawah aerodinamik juga telah ditambah baik pengurusan aliran udara khusus untuk sistem brek, dengan peningkatan 30 peratus dalam penyejukan udara berbanding sistem sebelumnya.

 

Roda aloi dikemas kini dengan pengenalan rim Galanthus 23 inci yang dipasangkan sebagai standard dengan tayar Pirelli P Zero baharu di mana terdapat tiga P Zero khusus, dari 21 inci sehingga 23 inci.

Artikle Berkaitan :>

Lotus Cars Malaysia atur langkah luaskan pasaran

NAZA tamatkan operasi perniagaan bersama Ferrari

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button