Caprice tak mahu pulang Malaysia, teruskan misi ke Gaza seorang diri
RAMAI yang sudah sedia maklum berkenaan dengan isu yang melibatkan Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di media sosial.
Caprice didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur kritikan terhadap Ebit terutamanya melibatkan isu pendakwah tersebut masuk ke Gaza, Palestin.
Kedua-dua mereka sebelum ini berada di Mesir dan hanya Ebit sahaja yang dapat memasuki Gaza manakala Caprice pula masih tidak mendapat kebenaran sehingga hari ini.
Ramai yang menegur Caprice berkaitan dengan perbuatannya terhadap Ebit sehingga dia memuat naik kenyataan maaf secara terbuka bukan sahaja kepada pendakwah tersebut, tetapi kepada semua yang terlibat dengan misi kemanusiaan di Gaza.
Terbaharu, Caprice yang berlepas ke Gaza bersama pasukan yang turut disertai Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim difahamkan akan pulang dalam masa terdekat.
Namun, Caprice menyatakan dia enggan pulang dan akan meneruskan jihadnya untuk masuk ke Gaza, Palestin walaupun berseorangan.
“Semua orang akan pulang tetap saya memilih untuk terus berada di sini dan meneruskan misi ini seorang diri.
“Jihad kali ini merupakan yang paling mencabar, namun tetap percaya bahawa akan ada hikmah disebalik semua ujian yang diterima,” katanya.
Dalam pada itu, Caprice turut mengucapkan terima kasih kepada bantuan yang diberikan selama dia berada di Mesir.
Malah, di akhir video di IG story selebriti tersebut, dia juga sempat memohon maaf sekali lagi diatas semua kata-katanya yang telah mengguriskan hati sesiapa sahaja tidak kira secara langsung ataupun tidak. -SM