Politik

Cantik & Suka Makan Nasi Kandar, Marina Ibrahim (DAP-PH) Goncangkan Jiwa Pengundi N48 Skudai

Rasanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini terpaksa diakui, setelah meneliti semua muka calon-calon yang bertanding, hanya di DUN N48 Skudai ada sedikit seri.

Serinya timbul apabila salah seorang calon DAP-PH, Marina Ibrahim diumumkan sebagai calon dan secara tidak langsung bergoncanglah jiwa-jiwa pengundi di situ.

Menariknya tentang Marina, dia bukan sekadar cantik malah dikenali dengan hobi yang suka makan nasi kandar sampaikan netizen takut Marina makan terlalu banyak.

Antara komen-komen yang ditinggalkan adalah Marina memang membuatkan mata pengundi DUN N48 Skudai segar tetapi dia berada dalam parti yang salah.

Kalau dari parti BN atau PN, mungkin Marina masih boleh dipertimbangkan untuk diberikan undian dalam PRN Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Marina akan berentap dengan dua lagi calon lain iaitu Lim Soon Hai (MCA) mewakili Barisan Nasional (BN) dan Khoo Kong Ek yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

(Visited 493 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button