Berita

Abdul Aziz janji atasi masalah korek pasir belenggu nelayan di Muar

MUAR 2 Mac  – Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Abdul Aziz Talib berkata, beliau memberi jaminan untuk membela nasib kira-kira 1,000 nelayan di tujuh pengkalan di daerah ini.

Menurut bekas guru itu, masalah paling utama membelenggu nelayan berhubung kegiatan mengorek pasir di sekitar daerah ini yang menyebabkan ada di antara mereka pulang tangan kosong.

Masalah tersebut katanya, telah lama menghantui nelayan di situ kerana sehingga kini masalah tersebut belum dapat diselesaikan.

“Jika saya dipilih sebagai wakil rakyat di DUN Maharani, nasib nelayan akan saya beri keutamaan.

“Lagipun golongan nelayan dan saya cukup sinonim tambah pula saya menetap di Parit Amal berdekatan jeti nelayan,” ujarnya.

Abdul Aziz berkata, selain masalah korek pasir, masalah air cetek di beberapa pengkalan menyebabkan nelayan sukar keluar dan masuk.

Jelasnya, salah satu kaedah bagi mengatasi masalah tersebut ialah mendalamkan muara tempat nelayan melabuhkan bot atau sampan selepas keluar menangkap ikan.

Katanya, salah satu pengkalan nelayan di Parit Unas dekat sini turut berdepan masalah yang sama.

Dua perkara tersebut kata Abdul Aziz perlu diambil berat kerana ia membabitkan masalah yang berulang.

Beliau yang juga Dipertua Pas Muar berdepan saingan enam penjuru.

Turut bertanding ialah Hanis Asmui dari Parti Bangsa Malaysia (PBM), Noor Farah Shamsuddin (BN), Riad Ahmad (Pejuang), Nor Hayati Bachok (PH) dan Lim Kim Joo (Bebas).

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button