Politik

Dua sahabat bertembung di DUN Simpang Jeram

MUAR 2 Mac – Dulu mereka adalah rakan seperjuangan dalam Muafakat Nasional (MN).

Namun sekarang kedua-dua sahabat itu terpaksa bertembung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Ustaz Zarul Salleh dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Md. Don adalah dua sahabat lama.

Mereka akan bertembung bersama dua calon lain iaitu penyandang Datuk Seri Salahuddin Ayob dari Pakatan Harapan (PH) dan Mahaizal Mahmor (Pejuang).

“Hubungan saya dan Zarul tetap baik dari dulu hingga kita terpaksa bertembung dalam PRN Johor.

“Kami bersaing secara sihat tidak ada kecam mengecam, memfitnah sesama sendiri,” ujar Lokman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri dan pertama kali bertanding di Simpang Jeram.

Kedua-dua calon itu ditemui di Surau An-Najjah selepas menunaikan solat jenazah seorang kariah yang meninggal dunia di Taman Sri Bakri 3 di sini hari ini.

Sementara itu, Zarul yang pernah bertanding di Parlimen Bakri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) namun tewas berkata, sejak nama tersenarai di DUN Simpang Jeram mereka tetap kekal bersahabat.

“Di mana kami berjumpa sepanjang kempen tetap bertegur sapa kerana kami dah berkawan lama.

“Cuma kami berlainan politik tetapi hubungan kami tetap sebagai seorang sahabat serta kami bertanding secara sihat,” ujarnya.

Ditanya mengenai peluang untuk menang Zarul berkata, sama ada beliau atau Lokman, masing-masing ada kekuatan tersendiri.

Katanya, mereka menyerahkan kepada pengundi DUN berkenaan untuk memilih empat calon yang bertanding di situ.

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button