Hiburan

Bukan Syamsul Yusof, Pendekar Awang Diarah Saiful Reza Shukor & Shaharudin Mat Dali

Produksi Kembara Studio benar-benar mahu menyediakan hiburan bermanfaat seisi keluarga berbanding mengutamakan nilai komersial yang sepatutnya wujud dalam sesebuah filem.

Hal ini demikian kerana filem terbaharu terbitan Kembara Studio iaitu Pendekar Awang bukan diarahkan Syamsul Yusof, sebaliknya Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Mat Dali.

Setelah menyaksikan filem berdurasi dua jam, penonton diharap tidak meletakkan harapan yang cukup tinggi ke atas Pendekar Awang kerana ia dihasilkan daripada air tangan yang berbeza.

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof yang merupakan filem pertama di bawah terbitan Studio Kembara beberapa tahun lalu telah berada di puncak dan kelas yang tersendiri.

Maka filem Pendekar Awang, akan ada banyak cabaran dan semoga kritikan yang muncul selepas ia ditayangkan kelak menjadi pedoman untuk penerbit yang mempunyai cita-cita besar.

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button