fbpx
Rencah Hidup

Apa salahnya saya mempromosi batik Malaysia

DUA hari berturut-turut Menteri Kanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenakan baju bercorak batik ketika memberikan sidang akhbar perkembangan terkini isu keselamatan berkaitan Covid-19.

Disebabkan corak yang cantik dan berseni serta warna yang menyerlah, baju batik yang dipakai oleh Menteri Pertahanan itu mendapat perhatian ramai. Ada yang memuji namun ada pula yang berkata tidak sesuai.

Menurut Ismail Sabri, dia mengayakan pakaian batik hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

“Ramai komen tentang baju saya sejak semalam. Sebenarnya semalam dan hari ni hujung minggu. Jadi saya pakai baju batik. Apa salahnya saya mempromosikan batik Malaysia kan?” kata Ismail Sabri ringkas.


Rata-rata pengikut Facebook rasmi Ismail Sabri bersetuju untuk Menteri Pertahanan itu memakai baju batik ketika sidang akhbar.

Baju batik merupakan lambang budaya Malaysia dan sewajarnya mendapat tempat dalam kalangan pemimpin negara dan dipromosi untuk membantu usahawan batik tempatan.

“Ya betul tu Dato. Time PKP inilah masa yang paling sesuai untuk mempromosikan produk Malaysia terutama batik. Kerana masa inilah semua stay at home dan dapat meluangkan masa mengamati apa jua yang mereka tonton di televisyen. Hikmah PKP hingga tahap 3,” komen Tice Permata.

“Batik melambangkan budaya Melayu dan warna-warni membawa aura yang baik. Apa-apa pun semoga Dato’ maju jaya dan melakukan tugas kerana Allah,” kata Nur Lin.

“Memang cantik mengenakan baju batik ni, budayakan hasil tempatan, orang luar pun sanjung hasil buatan Malaysia ni. Alhamdulillah,” komen Kamarezal Endot.

“Di waktu semua susah hati pasal Covid ni Dato’ bawa keceriaan sikit. Terbaik!” kata Yusniza Mohd. Noh.

“Bagus Datuk pakai sahaja,nampak santai-sanati sikit,, tidak la stress sangat, Selalu pakai kemeja plain warna putih pun cemuih gak kan,” komen Syahiela Watie.

Sementara itu ada juga yang berpandangan baju batik yang bercorak moden dan berwarna ceria itu tidak sesuai dengan imej Ismail Sabri sebagai Menteri Pertahanan.

“DSiS pandangan ikhlas, saya lebih suka pakaian DSIS yang lama. Yang warna plain nampak DSIS lebih tegas dan pendekar. Baju batik macam tak kenalah. Jangan Marah ya DSIS sekadar pandangan sahaja. Semoga DSIS sihat dan dilindungi Allah SWT ,” kata Rizmo Moriz Zack-SM.

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button