BeritaLuar Negara

Apa azam tahun baharu Donald Trump?

“KITA takut menipu.”

Itu alasan yang dinyatakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump apabila ditanya mengenai azam tahun baharunya.

Beliau ketika menghadiri sebuah majlis keramaian di pusat peranginan, Trump’s Mar-a-Lago di Florida turut memberi alasan pelik berkaitan azamnya.

“Saya tidak mahu bercakap tentang azam kerana rasa kita akan menipu, betul?

“Anda tidak sepatunya bercakap tentang azam dengan kuat,” katanya memetik laporan Huffington Post.

Walau bagaiamanapun, beliau menjelaskan azam tahun baharunya sudah tentu untuk negaranya.

“Tetapi, apa yang saya boleh bagitahu sudah pasti azam saya adalah untuk negara kita,” ujarnya.

‘Dalam pada itu, ‘First Lady’ negara ‘Uncle Sam’ itu, Melania Trump menjelaskan bahawa azam tahun baharu Trump adalah keamanan sejagat. – Agensi

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button