Nasionalpilihan

Anwar mahu kemiskinan di Sabah dinoktahkan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kemiskinan di Sabah dinoktahkan sebelum akhir Julai ini.

Katanya, selain kemiskinan tegar, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga sedang berkerja keras dalam menyelesaikan permasalahan sekolah daif di negeri ini termasuk isu bekalan air dan elektrik.

“Hari ini di Penampang untuk meraikan Pesta Kaamatan sambil diapit Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor serta pimpinan kerajaan negeri dan persekutuan.

“Dalam ucapan, saya singgung hasrat Kerajaan MADANI dalam memastikan kemiskinan tegar Sabah dapat dinoktahkan sebelum akhir Julai ini.

“Selain kemiskinan tegar, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga sedang berkerja keras dalam menyelesaikan permasalahan sekolah daif di negeri ini termasuk isu bekalan air dan elektrik.

“Saya juga maklumkan bahawa negeri Sabah dan Sarawak dikecualikan dalam penyasaran semula subsidi diesel kerana penggunaannya yang meluas oleh rakyat kedua-dua negeri.

“Saya turut memberi jaminan bahawa sebarang perkara yang disepakati dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diselesaikan segera demi manfaaat buat rakyat Sabah dan Sarawak.

“Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada yang meraikannya,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button