Nasionalpilihan

Pukul pemandu Grab OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semua pegawai polis yang terbabit  dalam insiden seorang pemandu grab orang kurang upaya (OKU) dipukul ke Bukit Aman dalam masa terdekat.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dengan berkata, ia bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan.

Beliau berkata,  keutamaan dalam setiap siasatan adalah memastikan tiada pelaku yang terlepas daripada tanggungjawab atas perbuatan mereka.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah.
“PDRM komited untuk memelihara integriti dan memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya diambil untuk mempertahankan keadilan dan melindungi hak-hak individu yang terjejas, terutama golongan OKU,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, PDRM sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes tersebut, berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh.
Pada Rabu, media melaporkan seorang pemandu kenderaan e-hailing mendakwa telah dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa.
Individu berkenaan, yang juga OKU, kemudiannya telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama pada hari yang sama. – SM
(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button