Ekonomipilihan

Mohamad Ali Iqbal dilantik Penolong Gabenor Bank Negara

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan  Encik Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid sebagai Penolong Gabenor baharu yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2024.

Sebagai Penolong Gabenor, Mohamad Ali  Iqbal akan bertanggungjawab ke atas Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan serta Jabatan Dasar Pertukaran Asing.

Mohamad Ali Iqbal memulakan kerjaya di BNM pada tahun 2002.

Beliau telah berkhidmat di pelbagai jabatan di BNM, termasuk Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pejabat Gabenor, Jabatan Antarabangsa serta Ketua Pejabat Perwakilan BNM di New York dan London.

Beliau memegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Massachusetts Institute of Technology, Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan Aset (Wealth Management) daripada Singapore Management University dan Sarjana Kejuruteraan daripada University of Durham, United Kingdom.

Beliau ditauliahkan sebagai Chartered Financial Analyst (CFA) dan Chartered Banker (CB) daripada Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Mohamad Ali Iqbal mengambil alih tanggungjawab daripada Timbalan Gabenor, Adnan Zaylani Mohamad Zahid yang telah dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada 1 September 2023. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button