Alam SekitarHaiwan

Anak gajah terjatuh ke dalam Sungai Endau berjaya diselamatkan

SEEKOR anan gajah yang berusia kurang seminggu terjatuh ke dalam Sungai Endau dekat perkampungan Orang Asli Tanah Abang, Mersing, Johor ketika cuba menyeberang Sungai Endau.

Anak gajah itu dikatakan terpisah daripada kawanan kumpulannya ketika kejadian berlaku semalam.

Ekoran itu, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dihubungi segera bagi operasi menyelamatkan anak gajah yang malang itu.

Ini kerana spesis haiwan gajah di negara kita semakin pupus dan amat perlu langkah menyelamatkan gajah dilakukan oleh pihak Perhilitan apabila haiwan ini berada dalam bahaya.

Pengarah Perhilitan negeri, Salman Saaban berkata, hasil maklumat orang awam, seramai empat orang kakitangan dri Pejabt Perhilitan Mersing telah berkejar ke lokasi kejadian.

Hasil siasatan pihak Perhilitan, kata Salman, anak gajah yang berusia kurang daripada seminggu itu dipercayai terjatuh ketika cuba menyeberangni Sungai Endau selepas terpisah daripada kawanannya.

Anak gajah itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, hanya luka-luka kecil lama yang terdapat di bahagian luaran badannya, katanya.

“Anak gajah itu berjaya diselamatkan dan telah dibawa ke Perhilitan Mersing bagi pemeriksaan lanjut oleh doktor veterinary jabatan.

“Seterusnya, anak gajah itu akan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang untuk tujuan pemulihan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 14 Julai lalu, seekor anak gajah yang berkeliaran bersendirian di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing berjaya diselamatkan oleh Perhilitan Johor.

Kira-kira seminggu yang lalu, seekor gajah liar sesat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, Gerik, Perak.

Gajah liar itu dilihat oleh orang awam, berkeliaran mencari makanan.

Baca >> https://suaramerdeka.com.my/gajah-liar-sesat-di-rr-titiwangsa-gerik-perhilitan-perak-berjaya-halau-ke-habitat/

Habitat gajah liar, sesat dan terjatuh ke dalam sungai yang berlaku sejak kebelakangan ini memerlukan perhatian dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak Perhilitan Negeri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button