fbpx
Luar Negara

Amaran letusan gunung berapi di Manila, pelajar Malaysia selamat

SERAMAI 19 pelajar Malaysia di Filipina berjaya dibawa keluar dari zon bahaya ekoran Gunung Taal mula mengeluarkan asap dan debu.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila menerusi satu kenyataan dalam Facebooknya, pelajar berkenaan ditempatkan di Rumah Malaysia dan merangka langkah sewajarnya membantu mereka.

“Pada jam 12.15 tengah hari, seramai 19 pelajar dari Universiti Adventist Filipina (AUP), Cavite dievakuasi ke Makati.

“Sementara 11 yang lain berpinda ke tempat yang selamat,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak kedutaan akan mengambil langkah untuk membantu 30 pelajar yang menuntut di universiti itu.

“Rakyat Malaysua yang berada di Luzon Selatan dinasihatkan supaya berpindah sementara ke kawasan selamat.

“Malumat terkini menganai status letusan Gunung Taal akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” ujarnya.

PELAJAR Malaysia mendengar taklimat daripada Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

Sementara itu, portal Channel News Asia (CNA) melaporkan amaran Tsunami mungkin dikeluarkan berikutan gegaran akibat letusan Gunung Taal hari ini.

Beberapa sekolah dan pejabat sekitar Manila juga dilaporkan ditutup akibat debu yang meliputi ruang udara ibu negara Filipina itu.

Ribuan penduduk di Taal diarahkan pihak berkuasa untuk tinggalkan rumah masing-masing dan pergi ke tempat selamat. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button