Luar Negara

Manila dikenakan perintah berkurung sebulan

Perintah berkurung akan dikuatkuasakan di Manila, Filipina, bermula Ahad dalam usaha membendung penularan wabak novel koronavirus (Covid-19), kata pihak berkuasa Lembaga Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA) pada Sabtu.

Agensi berita Xinhua melaporkan perintah berkurung akan dikenakan pada pukul lapan malam sehingga lima pagi bermula 15 Mac hingga 14 April.

Filipina melaporkan 64 kes Covid-19, termasuk enam kematian.

Perintah berkurung itu diluluskan sebulat suara oleh pegawai bandar dan bandar raya Manila.

Pegawai MMDA Bong Nebrija berkata mereka yang perlu membuat tugasan “penting” boleh melakukannya di luar waktu perintah berkurung, termasuk yang bekerja, petugas perubatan, pekerja di pasar raya ,kedai runcit dan sebagainya. Pusat beli-belah juga akan diminta ditutup.

Bagaimanapun, pasar raya atau kedai barangan runcit, bank dan farmasi tetap dibuka seperti biasa.

Perintah berkurung itu merupakan sebahagian langkah “lockdown” yang akan diambil kerajaan pada Isnin untuk mencegah penyebaran virus itu.

Bernama

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button