Bola SepakSukan

Ajax cetus kekecohan, 11 pemain dijangkiti Covid-19

AJAX digegarkan dengan krisis coronavirus yang serius, selepas sebilangan besar pemain dalam skuad utama mereka dilaporkan positif setelah menjalani ujian menjelang aksi Liga Juara-Juara dengan Midtjylland, esok.

Menurut laporan De Telegraaf, bintang-bintang Ajax, Dusan Tadic, Davy Klaassen, Andre Onana serta Maarten Stekelenburg antara pemain yang terpaksa diketepikan dan hanya 17 pemain terbang ke Denmark.

Difahamkan seramai 11 pemain keseluruhannya telah dijangkiti virus dan ujian baharu kini dilaksanakan melibatkan kesemua anggota skuad, semalam.

Keputusan untuk ujian terbaharu bakal didedahkan dalam tempoh 24 jam. Bagi pemain yang kemudiannya mendapati keputusan mereka bertukar kepada negatif, akan menyertai rakan sepasukan yang lain, hari ini.

Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada UEFA.

“Ajax akan terbang ke Denmark bersama 17 pemain untuk perlawanan menentang Midtjylland FC. Kjell Scherpen dan Brian Brobbey, antara pemain yang berada dalam senarai pasukan.

“Sidang akhbar telah diadakan pada Isnin pukul 6.45 petang (1.45 pagi Selasa waktu Malaysia), di mana Erik ten Hag dan Per Schuurs bercakap kepada media. Perlawanan Midtjylland FC menentang Ajax akan bermula pada Selasa pukul 9 malam (4 pagi Rabu waktu Malaysia),” kata satu kenyataan yang dikeluarkan kelab Belanda itu, hari ini.

Kekecohan yang melanda akibat Covid-19 sudah tentu mengganggu perancangan bos, Ten Hag dengan kedua-dua penjaga gol utamanya, Onana dan Stekelenburg terpaksa diketepikan.

Kelab masih belum mendedahkan secara rasmi nama-nama pemain yang diuji positif, dan biasanya mereka tidak akan berbuat demikian.

Ajax bakal berdepan Liverpool sekali lagi dalam saingan kumpulan pada pertandingan berprestij peringkat benua itu.

Kelab Eredivisie tersebut tewas 0-1 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu di laman sendiri pada awal bulan ini, dan kemudian mereka terikat dengan keputusan seri 2-2 di Atalanta dalam perlawanan kedua. – Daily Mail – SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button