NasionalNegeri

Air Empangan Timah Tasoh mampu bertahan sebulan lagi

AIR di Empangan Timah Tasoh dijangka mampu bertahan untuk sebulan sahaja lagi bagi menampung keperluan sejumlah 284,885 penduduk di Perlis.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Ir Mahidi Mahamood berkata, keadaan paras air di empangan masih belum sampai ke tahap kritikal.

Mahidi Mahamood

Katanya, bacaan pada pukul 2 petang ini (13 Jun) menunjukkan paras air masih kekal pada 26.97 meter.

“Apa yang jelas JPS sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keadaan terkawal,” katanya.

Mahidi berkata, diharap dengan keadaan cuaca yang kembali hujan di negeri ini akan dapat membantu kedudukan paras air di empangan.

Beliau berkata, sejak minggu lepas telah mula berlaku bacaan turun dan naik pada paras air di empangan setelah hujan.

Mahidi berkata, setakat ini juga air masih dilepaskan dari Empangan Timah Tasoh tetapi hanya lima peratus sahaja bagi pengairan tanaman.

“Tujuannya untuk memastikan tali air tidak kering,” ujarnya.

Sementara itu tinjauan Suara Merdeka di jalan tar yang menghubungkan Kampung Sahabat ke Jalan Batu 12 yang tenggelam dalam Empangan Timah Tasoh telah timbul sejak Mac lalu, sudah mula ditumbuhi rumput.

Sekeliling kawasan Empangan Timah Tasoh mula ditumbuhi rumput setelah air surut sejak Mac lalu.

Air yang semakin susut turut menyebabkan beberapa tempat lain juga mulai timbul serta mula ditumbuhi rumput.

Sekaligus ia menjadikan tasik ini mula dikunjungi orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menjala ikan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button