Analisis

Awas lingkaran syaitan ekonomi

LINGKARAN syaitan ekonomi bermaksud satu demi satu masalah ekonomi yang terus menghambat sesebuah negara sehingga sukar mencari jalan keluarnya dari segi pertumbuhan ekonomi yang pegun hinggalah kepada masalah hutang negara serta pembangunan yang tidak menyeluruh.

Lingkaran syaitan ini merujuk kepada kitaran negatif dalam ekonomi yang sukar diputuskan dan boleh menyebabkan krisis berterusan. Ia berlaku apabila satu masalah ekonomi mencetuskan masalah lain, dan akhirnya membawa kepada keadaan yang semakin buruk tanpa penyelesaian yang jelas.

Inilah yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan negara kita tidak terperangkap dalam kitaran ganas yang akan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi kita.

Ketika mengambil-alih negara ini dua tahun lalu, kita berada diambang kebankrapan kerana terlalu banyak duit dibelanjakan untuk membayar subsidi berikutan negara berdepan dengan krisis pandemik. Hutan negara juga meningkat bagi mengantisipasi situasi berkenaan.

Dalam pada itu Malaysia tidak akan mampu mengelak daripada kesan negatif ekonomi dunia seperti peperangan Rusia dan Ukraine dan perang dagang China-Amerika Syarikat.

Oleh itu kerajaan perlu memastikan kewangan dan ekonomi negara benar-benar berdaya tahan menghadapi cabaran berkenaan iaitu dengan mengurangkan subsidi bahan bakar, elektrik, tol dan banyak lagi. Kesan langsung kepada kurangnya subsidi tersebut akan berlaku kenaikan harga barangan.

Justeru bagi mengimbangi isu berkenaan, kerajaan telah menaikkan gaji minimum dari RM1,500 kepada RM1,700 sebulan. Ini akan menambah duit di dalam poket rakyat sekaligus dapat mengelakkan lemahnya kuasa beli mereka.

Pada masa yang sama kerajaan terus membawa pelaburan asing ke negara ini seperti Google menyatakan komitmen tambahan pelaburan lebih RM9 bilion yang akan mewujudkan lebih 20,000 peluang pekerjaan.

Jadi syarikat kecil tempatan mungkin mengurangkan tenaga kerja kerana impak kenaikan gaji dan utilitis, tetapi diimbangi dengan syarikat gergasi antarabangsa yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Dijangkakan juga tindakan tekanan negara China dan BRICS oleh Amerika Syarikat menyebabkan syarikat-syarikat dari negara berkenaan akan berpindah ke negara berkecuali seperti Malaysia bagi mengelakkan tekanan cukai dikenakan Amerika Syarikat. Selain Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang sedikit sebanyak akan berperanan menentukan hala tuju rantau berkenaan.

Sebagai rakyat khususnya golongan mahakaya perlu berkorban pada ketika ini kerana negara berdepan dengan situasi getir dan kerajaan perlu mengambil keputusan tidak popular demi kebaikan semua.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button