Kemalangan

Polis sahkan isteri Ridz Okumura terjatuh di kondo

POLIS sahkan wanita warga Jepun yang m*ut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya pada Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) tetapi polis akan menyiasat secara keseluruhan perkara ini termasuk dari sudut jenayah.

“Walaupun mati mengejut, siasatan kita sama, kita akan melihat sama ada wujud unsur jenayah, tindakan sendiri atau sebagainya.

“Jika dikesan ada unsur jenayah, baru kita klasifikasikan semula kes ini di bawah kesalahan jenayah.

“Jadi, saya minta orang ramai tidak memberi sebarang komen negatif terhadap kes ini tanpa mengetahui sebarang kesahihan,” katanya

SUMBER: BH Online

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button