Politik

Adakah sumpah di depan pesuruhjaya diterima di mahkamah akhirat?

ADAKAH sumpah di hadapan persuruhjaya sumpah diterima di mahkamah akhirat?

Persoalan itu dilontarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan terdapat pihak temasuk mempersendakan sumpah laknat yang dilakukan beliau Jumaat lalu.

Pihak terbabit menurut Najib, mempersoalkan sama ada sumpah laknat yang dilakukan beliau bagi menafikan tuduhan mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia diterima di mahkamah.

“Selepas saya bersumpah laknat semalam, saya lihat ada yang mempersenda sumpah laknat yang saya lakukan.

“Ada yang mempersoalkan bahawa adakah sumpah laknat saya diterima di mana-mana mahkamah?

“Soalan yang sama saya ingin utarakan. Adakah sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah diterima di mahkamah akhirat kelak?” Tanya Najib yang turut berkongsi keratan layar Twitter Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Dalam hantaran itu, Khalid berkata, sumpah laknat tidak akan menyelamatkan seseorang daripada proses perbicaraan.

“Kalau sanggup membunuh dan merompak apa sangatlah membunuh. Biar siasatan dibuka kembali dan semua yang belum dijawab itu, iaitu loose end dijawab akhirnya.

“Siapa arah, dari mana C4, kenapa diletupkan dan sebagainya,” kata Khalid.

Sementara itu Najib menyindir Menteri yang masih meneruskan propaganda C4.

“Sampai hari ini Khalid masih menyambung propaganda C4 mereka.

“Bahan peledak yang digunakan bukan C4 atau bahan letupan tentera. Ia tidak pernah berlaku.

“Ini dijelaskan di mahkamah bahawa forensik polis mendapati bahan letupan yang digunakan adalah RDX dan PETN yang biasa digunakan dalam aktiviti kuari atau pembinaan,” kata Najib.- SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button