Ekonomi

Kerajaan peruntuk RM15 bilion untuk projek tebatan banjir

PETALING JAYA: Kerajaan pusat mengumumkan tambahan RM15 bilion untuk projek tebatan banjir antara 2023 dan 2030.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Kabinet memutuskan untuk meluluskan bajet itu berikutan banjir baru-baru ini.

Sebelum ini, katanya, hanya RM1 bilion diperuntukkan untuk projek tebatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).

Ismail juga berkata kerajaan bersetuju meneruskan 19 pakej kerja tambahan untuk Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau turut mengumumkan projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) akan diteruskan.

Sebelum ini dilaporkan kerajaan berhasrat meneruskan projek MRT3 yang ditangguhkan pentadbiran Pakatan Harapan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button