Berita

Brotherhood puji JKR Rembau

KUALA LUMPUR – Jalan raya selesa dan selamat.

Mungkin itulah keadaan kebanyakan jalan di Rembau yang dipuji oleh aktivis, Lando Zawawi sebagai patut dilakukan oleh semua pihak penyelenggaraan jalan raya di seluruh negara.

Lando menerusi satu status yang dimuat naik dalam Facebooknya memuji tindakan Jurutera Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) Rembau yang memantau dan memastikan keadaan serta keselamatan jalan raya di sana.

Beliau yang juga seorang pelakon turut menyifatkan sifat tanggungjawab yang dilakukan oleh pihak JKR daerah itu sebagai ‘menyukarkan Brotherhood untuk buat kerja

“Patutla Brotherhood Negeri Sembilan (BROTHERHOODN9) susah nak tanda b@^!#* di rembau,” katanya yang mengasaskan pertubuhan Ikatan Silaturrahim Brotherhood Malaysia.

Dalam pada itu, beliau juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu amanah diberi rakyat dalam memastikan keselamatan ketika menggunakan jalan raya.

“Jurutera Jalan JKR dia bukan setakat jaga amanah tanggungjawab berbayar yang dia terima setiap bulan. Dia juga berjiwa raykat.

“Sebagai Pengasas IKATAN SILATURRAHIM BROTHERHOOD MALAYSIA, wa ucapkan TERIMAKASIH DAN TAKNIAH sebab lu JAGA NAMA BAIK JKR,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button