Nasional

Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas kembali beroperasi

PUSAT Latihan KEMAS Kepala Batas bakal beroperasi semula setelah ditutup sementara selama 2 tahun setelah kerja-kerja naiktaraf siap sepenuhnya penghujung Januari yang lalu .

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan KEMAS Malaysia, Abdul Kahar Abdullah berkata pusat Latihan yang menelan kos keseluruhan RM 3.5 juta ini diselaraskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya melalui JKR Daerah Seberang Perai Utara.

“Skop projek baikpulih bangunan ini melibatkan pembinaan 3 tingkat Blok Akademik yang berhawa dingin mempunyai 4 bilik kuliah, Bilik Mesyuarat serta kelas TABIKA dan TASKA KEMAS.

“Pihak KEMAS sangat menghargai kerjasama yang baik dari pihak Jabatan Kerja Raya kerana telah menyiapkan bangunan yang sangat diperlukan untuk melatih pegawai-pegawai KEMAS.” katanya dalam majlis penyerahan projek Naiktaraf Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Pulau Pinang dari pihak Jabatan Kerja Raya kepada KEMAS.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan KEMAS Malaysia, Abdul Kahar Abdullah

Jabatan Kerja Raya melalui JKR Daerah Seberang Perai Utara telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana bermula 28 Januari 2020  telah berjaya disiapkan pada 27 Januari 2022 oleh Syarikat Ikhtisas Mulia Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama.

“Mulai Mei tahun ini bakal Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS akan mula mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak selama 2 bulan secara bersemuka di sini.” Tambah beliau lagi.

Pengetua Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Mohd Hanafi Abd Muttalib turut berterima kasih dan bersyukur kepada pihak pengurusan KEMAS kerana prihatin dengan keperluan yang diperlukan bagi memastikan keselesaan kepada kakitangan KEMAS yang akan menerima manfaat daripada kerja naiktaraf yang dilakukan oleh pihak JKR ini.

“Kami sangat bersyukur kerana dengan kerja naiktaraf yang dibuat ini akan memberikan keselesaan serta mampu memuatkan seramai 80 orang pegawai untuk berkursus dalam satu-satu masa.” ujar beliau.

Selain itu, projek ini turut melibatkan pembinaan Pagar Utama Baru, penurapan jalan, Bekalan Elektrik dan Air, Sistem Pencegahan Kebakaran Bangunan Akademik dan sistem kumbahan.

Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang, Ir Ahmad Nadzri Abdul Majid mewakili pihak JKR hadir dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pembangunan KEMAS Md.Ramzi Ishak dan Pengarah Bahagian Latihan & Pembangunan Profesional KEMAS Nore’in Mohd Syukor serta Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang Mohd Zaki Ismail.

Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas ini antara yang tertua di Malaysia. Terletak di atas tanah seluas 1.1 hektar. Jarak dari Pekan Kepala Batas sejauh 1 km sahaja. Pusat Latihan ini pada mulanya dikenali sebagai Taman Asuhan (RIDA) Kepala Batas dan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Wong Paw Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu pada 15hb Ogos 1963. – SM

(Visited 711 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button