Politik

Pemimpin Bersatu tiada lagi tempat dalam pentabiran Selangor

Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiada lagi tempat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari hari ini mengumumkan jawatan semua pimpinan Bersatu di semua peringkat pentadbiran dalam Kerajaan Negeri Selangor dilucutkan serta-merta.

Menurut beliau, tindakan itu diambil kerana Bersatu tidak lagi dalam Pakatan Harapan berikutan parti itu telah mengumumkan keluar daripada PH pada 24 Februari lalu.

Serentak dengan itu, peruntukan kepada semua ADUN Bersatu seramai lima orang dan dua orang ADUN Bebas turut dibekukan serta merta..

“Pimpinan tinggi PH telah memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa pentadbiran Selangor tidak lagi dianggotai Bersatu dan secara automatik bukan lagi dalam gabungan Kerajaan Negeri Selangor.

“Justeru, keterlibatan semua pimpinan dan ahli Bersatu adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK).

“Ini termasuklah anak-anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh rangkaiannya yang berkaitan sesuai dengan keadaan politik semasa,” katanya pada sidang media..-SM

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button