Politik

Tunai manifesto PTPTN: Eh, hello (Gung Eng) kenapa tak sempat?

KEKESALAN Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak sempat mengumumkan pelaksanaan janji Manifesto Pilihan Raya Umum berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menimbulkan persoalan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pakatan Harapan mempunyai masa hampir dua tahun untuk melaksanakan jamji tersebut.

Eh hello. You jadi kerajaan sekurang-kurangnya 655 hari. Apa yang tak sempat? Saya jadi PM pada April 2009.Dalam masa 6 bulan saja, terus saya umum hadiah besar PTPTN. Cuba check kalau tak percaya. https://www.treasury.gov.my/arkib/2010/ucapan/ub10.pdf  “kata Najib.

Menurut Najib pada Perenggan 67 (2) tertulis,  Kerajaan akan menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, beliau memansuhkan PTPTN terus kepada pelajar cemerlang.

“Pada tahun 2012 ketika saya bentang Bajet 2013, apa yang saya buat? Saya umum terus diskaun sehingga 20 peratus untuk bayaran balik PTPTN.

“Boleh check perenggan 154.  https://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub13.pdfpdf Wayang belum habis ke, Guan Eng?” tanya Najib.

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan Kerajaan Pakatan Harapan hampir menunaikan janji dalam Manifesto Pilihan Raya Umum untuk membenarkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),  membayar balik pinjaman hanya selepas gaji bulanan melebihi RM4,000.

[BACA ARTIKEL] Tak sempat nak umum laksana janji manifesto PTPTN

Setiausaha DAP itu berkata, Kerajaan Pakatan Harapan telahpun bersetuju untuk melaksanakan manifesto tersebut.

Menurutnya, formula daripada PTPTN dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN.

Kata Guan Eng, manifesto berkenaan gagal dilaksanakan apabila kerajaan PH tumbang sebelum pergumuman rasmi dibuat.-SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button