Sukan

Euro 2024: Kejayaan Turkiye tutup mulut pengkritik

KEJAYAAN Turkiye mara ke peringkat kalah mati di Euro 2024 dengan mengalahkan Republik Czech 2-1 awal pagi disifatkana berjaya menutup mulut pengkritik.

Pengendalinya, Vincenzo Montella berkata, mereka sentiada fokus dan bekerja kuat oleh itu mereka layak untuk ke pusingan seterusnya.

Turkiye memperoleh kemenangan ke atas 10 pemain Czech untuk mara ke fasa kalah mati iaitu kejohanan besar buat pertama kali sejak melangkah ke separuh akhir Euro 2008.

 

“Kami telah mengalami beberapa kritikan yang tidak sepatutnya, dan kami mengatasinya.

“Saya sudah biasa dengan tekanan, saya tidak kisah, tetapi saya tidak suka apabila tekanan diberikan kepada pemain saya,” katanya.

Turkiye akan berdepan dengan Austria di Leipzig pada Selasa untuk membuat perhitungan ke peringkat suku akhir.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button