fbpx
Politik

275 daripada 447 calon PRN Sabah hilang wang deposit

SEBANYAK 275 daripada 447 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam hilang wang deposut setelah gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus ​​daripada jumlah undi yang dikira.

Sebanyak 172 calon yang lain kalah tetapi tidak kehilangan wang deposit.

Jumlah calon yang paling banyak kehilangan deposit dalam satu kawasan adalah lapan iaiu dalam pertandingan 11 penjuru untuk merebut kerusi Bengkoka.

Mereka yang kehilangan deposit pada pertembungan di DUN itu ialah Jose Modsinupu (PCS), Samuil Mopun (PBS), Sotijin Juhui (Parti Gagasan Rakyat Sabah), Rita Cham (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), Omar Jalun (Usno) serta tiga orang Bebas – Pransol Tiying, Mary E Dumpangol @ Aminah Ambros dan Akian Ah Kiew.

Sementara itu, dua pemimpin utama LDP, Presiden Kehormat Seumur Hidup, Tan Sri Chong Kah Kiat dan presidennya Chin Su Phin masing-masing kehilangan deposit bagi DUN Inanam dan Api-Api.

Kah Kiat tewas dalam pertarungan 10 penjuru yang menyaksikan enam calon lain juga kehilangan wang simpanan mereka.

Enam calon terbabit adalah Terence Tsen Kim Katt (Parti Kerjasama Anak Negeri), Mohd Hardy Abdullah @ Zoro Yukon (USNO), Regina Lim @ How (PCS), Goh Fah Shun (Gagasan) serta dua orang bebas Ngui Kuang Kee @George Ngui dan Achmad Noorasyrull Noortaip.

Dalam pertarungan sembilan penjuru untuk kerusi Api-Api, enam yang lain selain Chin juga kehilangan wang deposit mereka iaitu Lo Yau Foh (PPRS), Chong Tze Kiun (Gagasan), Pang Yuk Ming (PCS) serta calon Bebas Marcel Jude, Sim Sie Hong dan Ng Chun Sua.

PRN Sabah juga menyaksikan caon Warisan, Phoong Jin Zhe memperoleh jumlah undi tertinggi, 15,510, untuk kerusi Luyang dengan mengalahkan lima pencabar, yang semuanya kehilangan wang simpanan.

Calon Warisan, Rina Jainal menang dengan majoriti terkecil hanya 10 undi yang berjaya 2,824 undi dalam pertarungan tujuh penjuru, yang menyaksikan lima yang lain kehilangan deposit.

Sementara itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 3,884 kertas undi  tidak dikembalikan sementara 14,056 undi ditolak daripada keseluruhan 749,083 atau 66,61 peratus pengundi berdaftar yang keluar untuk membuang kertas undi mereka. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button