Nasional

13 jemaah tabligh tiba di tanah air, 74 lagi masih di India

SEBANYAK 13 jemaah tabligh rakyat tempatan telah tiba ke tanah air dari India, kira-kira pukul 3.02 petang semalam.

Kesemua mereka ialah 12 jemaah tabligh di New Delhi dan seorang lagi dari Amravati, Maharashtra yang telah mejalani proses perundangan dan bebas daripada sebarang pertuduhan.

Ini adalah kumpulan ketiga jemaah tabligh yang tiba ke tanah air selepas kumpulan pertama (62 jemaah tabligh) tiba pada 18 Julai lalu dan kumpulan kedua (40 jemaah tabligh) tiba pada 22 Julai lalu.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kesemua mereka akan menjalani kuarantin wajib selama 12 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor.

BACA> Najib nasihat Shafie lupakan Sabah, fokus jadi PM

“Sehingga hari ini, masih terdapat seramai 74 jemaah tabligh rakyat tempatan yang berada di
India.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 13 orang berada di New Delhi dan masih menunggu
pelepasan dan kebenaran pulang daripada Kerajaan India.

“52 orang lagi berada di beberapa wilayah di India (Bihar, Jharkand, Telangana, Tamil Nadu, Maharashtra) dan sedang menjalani proses perundangan; dan seramai sembilan yang lain masih berada di Kolkata, West Bengal dan menanti prosedur perundangan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kamarudin, pihaknya menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India akan terus memantau secara berterusan perkembangan situasi ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Jelasnya, kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India juga akan dipergiatkan lagi dalam usaha untuk memudahcara kepulangan mereka ke tanah air.

BACA> Bubar: SPR tunggu notis rasmi Speaker DUN Sabah

“Kita juga ingin merakamkan penghargaan di atas kerjasama pelbagai Kementerian dan Agensi yang terlibat terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meneraju misi HADR kali ketiga ini,” jelasnya. -SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button