Nasional

12 sekolah ditutup, 2,145 pelajar dijangkiti Covid-19

Separuh daripada jumlah pelajar dijangkiti ketika gelombang ke-3 dalam tempoh sebulan

SEJAK Februari hingga semalam sebanyak 12 buah sekolah telah ditutup disebabkan penularan Covid-19 dan 2,145 pelajar telah dijangkiti.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah daripada jumlah itu 830 pelajar berumur dari 7 hingga 12 tahun manakala 1,315 pelajar lagi berusia 13 hingga 18 tahun.

Katanya lebih separuh daripada kes tersebut berlaku dalam tempoh sebulan selepas bermulanya gelombang ketiga dari 20 September hingga 21 Oktober iaitu 1,257 kes.

Daripada jumlah itu 587 kes melibatkan pelajar berusia 7 hingga 12 tahun dan 670 kes lagi melibatkan pelajar berusi 13 hingga 18 tahun.

“Kalau merebak dalam sekolah, jadi kita kena lihat pada SOP. SOP sekolah telah dikeluarkan oleh KKM. Kita harap dapat diamalkan dan patuh di sekolah-sekolah.

“Kalau ada jangkitan dalam sekolah kita akan tutup sekolah itu untuk tempoh seminggu untuk jalankan nyah cemar dan nyah kuman dan kita akan jalankan pengesanan kontak rapat pelajar tersebut.

“Contohnya kita lihat Kluster Tawar, cikgu tu positif. Jangkit pada anak murid jadi kita tutup sekolah dan kita kesan jadi kita buat saringan pada kelas tersebut. Dan kita menjalankan nyah cemar dan nyah kuman,” kata Dr. Noor Hisham

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 12 sekolah yang ditutup akibat Covid-19 disebabkan oleh kluster dari luar sekolah.

Di Negeri Sembilan tiga sekolah ditutup melibatkan Kluster Cahaya, Kluster Sofi dan KLuster Bah Manggis.

Di Johor tiga sekolah turut ditutup melibatkan Kuster Si Merah, Kluster Runcing dan Kluster Rinting.

Kuala Lumpur tmenyaksikan dua sekolah ditutup melibatkan Kluster Jalan Pantai dan Kluster Loh.

Pulau Pinang satu sekolah melibatkan Kluster Alma, Melaka satu sekolah membabitkan Klsuter Bukit, Putrajaya juga satu sekolah melibatkan Kluster Selasih dan Sarawak satu sekolah melibatkan Kluster Arnab.-SM

 

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button