Nasional

10 wanita ditahan ingkar PKPB, anjur dan sertai aktiviti yoga

SEBANYAK 10 wanita termasuk seorang wanita warga United Kingdom (UK) dikenakan kompuan RM1,000 kerana menganjur dan menyertai aktiviti yoga.

Pemeriksaan terhadap wanita berusia 37 hingga 60 tahun itu dibuat hasil maklumat orang awam di sebuah rumah di Desa Seri Hartamas kira-kira pukul 8.50 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd [email protected] berkata, seorang daripada penganjur juga tidak memberi kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan.

“Penganjur cuba mempertikaikan tindakan polis ketika pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) pematuhan PKPB dilakukan di rumah itu.

“Siasatan lanjut mendapati rumah berkenaan adalah premis persendirian dijadikan pusat latihan yoga yang tidak mematuhi syarat PKPB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, kesemua wanita dikenakan kompuan di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) 2020.

Manakala penganjur yang berusia 37 tahun pula jelasnya disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. -SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button