Politik

Zahid tidak mahu dilantik sebagai menteri kabinet

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata beliau menolak daripada dilantik sebagai menteri kabinet.

“Saya menawarkan diri untuk tidak dilantik sebarang jawatan kabinet……” kata Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan UMNO Bagan Datuk.

BACA: Saya tidak syiok orang calon saya – Hadi

Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memaklumkan tidak kisah jika tidak dilantik sebagai menteri kabinet di dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan Pakatan Harapan runtuh selepas kemelut pakatan berkenaan hingga menyebabkan Bersatu keluar dan bergabung dengan UMNO, Pas serpihan PKR serta beberapa parti lagi membentuk kerajaan baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Ahmad Zahid UMNO tidak masuk ke dalam kerajaan mengikut pintu belakang, sebaliknya Perikatan Nasional adalah rumah baharu yang dibina bersama demi menyelamatkan negara daripada kemelut politik daripada berpanjangan.

BACA: PH runtuh kerana salah sendiri – Annuar Musa

 

 

 

 

 

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button