fbpx
Rencah Hidup

Model kurta: Ya, saya buat dua kerja, bukan Melayu malas

TULAR di media sosial bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi model mengayakan baju kurta. Aksi Najib yang bagaikan model profesional itu menarik perhatian wargamaya.

Najib dalam Facebooknya hari ini secara bergurau mengakui bahawa beliau kini membuat dua kerja.

Mungkin kerja pertama yang dimaksudkan Najib adalah sebagai Ahli Parlimen Pekan dan kerja kedua sebagai model baju kurta.

Jelas Najib, dia bukanlah golongan kumpulan Melayu yang malas bekerja. Dan kerana ‘job’  keduanya itu dia perlu pergi ke gym untuk mengekalkan bentuk badan yang fit.

Bagaimanapun Najib berkata, dia bersedia untuk menjadi model pakaian tersebut semata-mata untuk membantu usahawan Malaysia yang tidak jemu untuk menyokong beliau.


“Ya, saya buat #duakerja. Saya bukan Melayu malas yang disebut PM ke-4/7/7i. Sebab itu, saya kerap ke gym untuk keep fit.

“Saya setuju untuk membantu usahawan muda Malaysia yang tidak pernah henti menyokong saya. Saya tak rasa ada apa-apa salah untuk menolong sekali-sekala,” kata Najib.

Baju kurta dengan jenama Malu Aperrr Bossku (Kurta MAB) itu didatangkan dengan tujuh warna.

Menurut Najib, agama Islam mengajar penganutnya untuk saling membantu selagi mampu. Beliau sanggup untuk membantu usahawan terbabit apabila diminta untuk berbuat demikian.

“Agama kita ajar saya saling bantu membantu. Bila kita masih mampu bantu, kita bantu saja bila diminta.

“Takkan nak minta Mahfuz atau Kit Siang model pulak? Siapa nak beli nanti?” kata Najib.- SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button