Youtuber buat content berani mati, tanam diri bersama ular sawa
Seorang Youtuber dari Indonesia dengan beraninya membuat satu eksperimen menanam dirinya bersama ular sawa bersaiz besar di sebuah perkuburan.
Eksperimen ini turut dihadiri oleh orang ramai serta beberapa kru petugas keselamatan demi menjaga keamanan tempat.
Youtuber yang dikenali sebagai Gilang Barbie, melakukan ‘content’ tersebut bertujuan mengajak orang ramai mengingati detik kematian.
Gilang ditanam secara hidup dengan keadaan dikapankan dan dilengkapi bersama alat komunikasi serta alat bantuan pernafasan dan juga kamera
Bagaimanapun, keadaan bertukar panik selepas lelaki itu menjerit akibat kehabisan oksigen serta mengalami sesak nafas yang memaksa orang ramai segera menggali kubur tersebut.
Lelaki itu kemudian ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum dibawa ke hospital berhampiran.
Sehingga kini tiada khabar dan berita dari lelaki berkenaan.
Artikel Berkaitan :>
YouTuber Atta Halilintar gentar nak jumpa Kris Dayanti tapi nak kahwini Aurel
Wow! Lebih Sejuta Pengikut Di Youtube, Ini 7 Youtuber Indonesia Paling Popular!