Rencah Hidup

Youtuber persoal RichWorks papar papan iklan lahir jutawan di sepanjang lebuh raya. Skim cepat kaya ke?

RAMAI tak perasan ketika dalam perjalanan balik raya ke kampung masing-masing dengan billboard berwarna merah yang tulis RichWorks, di sini lahirnya usahawan jutawan?

Seorang youtuber dengan nama Jebat Derhaka persoalkan billboard RichWorks itu yang dapat dilihat di beberapa kawasan di lebuh raya utama ketika balik raya ini.

Memetik video bertajuk 375 Jebat Derhaka, RichwOrks Sk1m Cepat K4ya? Biar Betul?, dia menyampah dengan billboard yang dapat dilihat ketika dalam perjalanannya.

Sila klik gambar untuk pautan Youtube

“Dia ni lagi? Tak habis-habis signboard dia ni, poyo gila. Korang tahu tak billboard ni, RichWorks di sini lahirnya usahawan-usahawan dan jutawan. Pergh dia punya sembang, aku pelik la,” persoalnya.

Video itu telah dimuat naik pada Hari Raya Pertama dan telah mendapat perhatian netizen yang juga melihat billboard RichWorks ketika dalam perjalanan balik raya masing-masing.

“Aku nak tanya, ko claim semua itu mana buktinya? Aku nak tahu dia buat apa! Aku nak berjaya dalam bisnes, nak ada simpanan RM1 juta, 10 tahun struggle tau,” katanya lagi.

Tambah Jebat, kalau dia lahirkan usahawan jutawan, siapa pula sebenarnya dia ini. Semestinya dia lebih kaya dari jutawan yang dilahirkan.

“Jadi aku nak kenal la kalau boleh, nak tahu dia ni buat apa, produk apa, pengasas dia siapa,” jelasnya. Malah youtuber itu mengaitkannya, adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo?

Ketika Jebat Derhaka dihubungi berkata, dia bangkit persoalkan billboard RichWorks itu sebab mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan.

Video tular tersebut telah mendapat pelbagai reaksi warganet

“Ingat senang ke nak buat bisnes jadi jutawan ni? Kalau senang, mesti dah ramai yang buat bisnes ni jadi jutawan. Aku pun nak pergi belajar kalau betul la,” selorohnya.

Tambahnya lagi, semua orang boleh buat billboard sendiri dan claim sendiri yang mereka ni paling bagus, tempat lahirkan jutawan ke bangsawan ke apa.

“Kalau betul, mana bukti claim yang RichWorks ada,” jelasnya sebelum mengakhiri panggilan. – SM

Sila klik pada gambar untuk pautan TikTok

 

Baca juga artikel ini >  Tunjang Richworks lulus CIMA

(Visited 991 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button