Ekonomi

AI-RED GALA Satukan Usahawan ASEAN

DEWAN Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam menyaksikan detik bersejarah apabila lebih 1,200 tetamu kehormat dari dalam dan luar negara berkumpul dalam sebuah majlis gala berprestij anjuran Kesatuan Organisasi Nasional Saudagar Intelek SeMalaysia (KONSIM).

Dikenali sebagai AI-RED GALA, acara ini bukan sekadar makan malam tahunan, sebaliknya menjadi simbol penyatuan dan kerjasama serantau yang semakin kukuh dalam era ekonomi digital. Majlis berprestij ini menghimpunkan barisan usahawan, pemimpin industri serta wakil organisasi dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Jepun, termasuk kehadiran rasmi dari Kedutaan Besar Jepun di Malaysia.

Kemuncak acara adalah pelancaran aplikasi e-dagang inovatif, Kongsi Apps, yang dibangunkan untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan dalam kalangan usahawan ASEAN. Lebih bersejarah, wakil negara serantau turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) yang menjadi asas penubuhan Majlis Perundingan ASEAN – satu platform bersama ke arah merealisasikan Blueprint e-Niaga Saudagar serantau.

Majlis turut menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan strategik dalam bidang perdagangan digital dan transformasi teknologi, mengukuhkan lagi jaringan kerjasama rentas sempadan antara sektor swasta dan organisasi pembangunan ekonomi di peringkat ASEAN.

Sebagai peneraju perubahan, KONSIM berpegang teguh kepada prinsip kemajuan ekonomi yang inklusif dan saksama. AI-RED GALA membuktikan perpaduan komuniti usahawan dengan teknologi mampu membina jambatan masa depan yang progresif, mampan dan memberi manfaat kepada seluruh rantau ASEAN.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button