Nasional

Warga asing di Singapura boleh ke Malaysia guna RGL

WARGA asing yang menetap di Singapura yang ingin memasuki negara bagi tempoh yang singkat untuk tujuan rasmi dan perniagaan boleh menggunakan Repciprocal Green Lane (RGL).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, RGL juga terpakai untuk warganegara Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan dalam tempoh pendek.

“Manakala semua warganegara Singapura dan penduduk tetap negara itu yang mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) untuk bekerja dan perniagaan boleh memasuki Malaysia melalui kemudahan Periodical Commuting Arrangement (PCA).

“Bagi menggunakan kemudahan RGL dan PCA ini, semua pelawat asing perlu membuat permohonan melalui sistem MyTravelPass (MPT) di pautan internet http://www.mtp.imi.gov.my  bermula 10 Ogos 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Cuak kena kejar polis, rempuh beberapa kenderaan

Menurut Khairul Dzaimee, semua pelawat asing perlu memuat turun applikasi MySejahtera dan mengaktifkan applikasi tersebut di dalam telefon mudah alih masing-masing.

Jelasnya, bagi pelawat asing yang menggunakan kemudahan RGL, penaja mereka di negara ini perlu membuat permohonan bagi pihak mereka melalui sistem MPT.

“Manakala bagi pelawat asing yang menggunakan kemudahan PCA, majikan mereka di negara ini perlu membuat permohohan bagi pihak mereka melalui sistem MPT.

“Untuk mendapatkan panduan lengkap tatacara permohonan dan keperluan dokumen bagi kemudahan RGL dan PCA ini orang ramai boleh melayari laman web rasmi JIM di pautan internet www.imi.gov.my dan pautan internet pihak berkuasa Imigresen Singapura di https://safetravel.ica.gov.sg,” ujarnya.

BACA> Portal khas bantu rakyat Malaysia hilang pekerjaan di luar negara kerana Covid-19 diwujudkan

Tambahnya, semua pelawat asing dan rakyat tempatan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini dari agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik Covid-19. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button