
Sultan Brunei berangkat ke santapan diraja sempena Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis
ARAU – Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja yang merupakan acara utama sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau khamis malam.
Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Arau pada 8.57 malam disambut oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua, Waris Kedua Negeri Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Turut berangkat menyerikan majlis santapan itu ialah Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri.
Raja Perlis berangkat ke majlis itu bersama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof turut menghadiri majlis itu.
Sultan Hassanal Bolkiah dan delegasi baginda tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah dengan pesawat Royal Brunei pada 2.45 petang untuk menghadiri majlis santapan itu.
Baginda berangkat pulang jam 12 tengah hari jumaat.
Sambutan itu, yang bakal berlangsung hingga 16 April tahun depan, membuka tirainya semalam dengan majlis santapan tersebut selain pelbagai acara menarik sebagai pengisian termasuk Majlis
Perasmian Mercu Tanda Bulatan Padang Besar pada 24 April ini.
Menurut kenyataan Kerajaan Negeri Perlis, acara lain ialah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat
Kebangsaan 2025 dari 27 April hingga 2 Mei serta Persembahan Kesenian dan Orkestra Diraja pada 15 Nov ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan pada 26 April ini, Istiadat Perarakan Panji-Panji
Pasukan-Pasukan Rejimen Renjer Diraja akan berlangsung pada sebelah pagi manakala pada sebelah malam diadakan persembahan TATU oleh Tentera Darat Malaysia di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.
FOTO