NasionalUncategorized

Malaysia sumbang RM1 juta bantu rakyat Lebanon

KERAJAAN Malaysia menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM1 juta kepada rakyat Lebanon susulan tragedi letupan di Pelabuhan Beirut, Selasa lalu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumbangan tersebut yang disalurkan menerusi Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC) dibuat atas semangat persaudaraan akrab antara Malaysia dan Lubnan.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Lubnan dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menyebabkan kemusnahan besar pada 4 Ogos lalu.

“Kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di Lubnan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau mewakil kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang serta mendoakan kesembuhan kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Malaysia yakin dan percaya rakyat Lubnan mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat serta perpaduan berterusan,” katanya.

Agensi Anadolu melaporkan, tragedi letupan yang dipercayai berpunca daripada amonium nitrat yang disimpan di gudang di Pelabuhan Beirut itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 135 orang terkorban, 5,000 cedera manakala puluhan lagi masih hilang. – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button