Mahkamah

Kalah saman RM2.5 juta, ustaz korek tabung

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas Mohd Rasyiq Mohd Alwi menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai sebagai ujian.

Menulis di Facebook susulan keputusan itu, dia yang dikenali sebagai ustaz Abu Syafiq mengucapkan syukur dengan ujian tersebut.

“Alhamdulillah untuk diri sendiri. Nak kena cari RM2.5 juta pula.

“Korek tabung vaksinlah jawabnya. Ok nanti saya cari ya, syukur dengan ujian,” katanya dalam hantaran ke media sosial.

Terdahulu mahkamah memutuskan supaya Mohd Rasyiq ganti rugi berkenaan termasuk kos guaman.

Baca: Khairy Menang Kes Fitnah Vaksin bernilai RM2.5 Juta

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button