Wajib pakai pelitup muka atau denda RM500
Pemakaian pelitup muka bila berada di dalam premis perniagaan akan diwajikan di Britain bermula 24 Julai depan.
Kegagalan mematuhi undang-undang tersebut boleh dikenakan denda RM500.
Perdana Menteri England, Boris Johnson berkata, arahan itu adalah untuk mengurangkan risiko Covid-19 daripada merebak dengan lebih cepat.
Menurut Johnson, arahan bagi pemakaian pelitup muka perlu diperkatakan memandangkan negara tersebut masih bergelut dengan angkat kematian Covid-19 yang meningkat.
BACA> Rentas sempadan Malaysia-Singapura dijangka dibenar 10 Ogos
Perkara tersebut bagaimanapun berbeze dengan pengumuman Setiausaha Kabinet, Micheal Gove pada Ahad lalu yang memberitahu pemakain pelitup muka tidak diwajibkan.
Menurutnya, orang ramai diminta untuk pemakai pelitup muka bergantung kepda tahap kesihatan diri dan lokasi yang dituju.
Sebelum ini, pengumuman bercanggah oleh Menteri telah mendapat kecaman daripada rakyat negara tersebut.
Untuk rekod, Britain adalah negara yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi melibatkan Covid-19 iaitu sebanyak 45,000.
BACA> Zindzi anak Nelson Mandela meninggal dunia
Negara-negara Eropah lain yang berada di bawah Britain dari segi catatan jumlah pesakit Covid-19 sudah lama mewajibkan pemakaian pelitup muka terhadap rakyat mereka.
Antara negara tersebut ialah Jerman, Sepanyol, Itali dan Greece. -SM