Auto TravelEkonomi

Volvo Car Malaysia lancarkan XC40 Recharge Pure Electric

Harga bermula dari RM262,459.75

VOLVO Car Malaysia baru-baru ini melangkah ke masa depan elektrik sepenuhnya yang bercita-cita tinggi dengan pelancaran XC40 Recharge Pure Electric, kenderaan elektrik penuh (EV) pertama syarikat itu dan hari ini mengumumkan harga bermula dari RM262,459.75.

Anda yang berminat dengan model ini boleh membuat pesanan secara dalam talian di laman sesawang rasmi syarikat www.volvocars.com/my.

Pelancaran XC40 Recharge Pure Electric merupakan detik penting bagi Volvo Car Malaysia kerana ia menjadi jenama kereta mewah pertama di negara ini yang membuat pemasangan tempatan EV dalam bentuk unit CKD. Dengan keupayaannya untuk memasang kenderaan elektrik penuh (EV) melalui kilang pemasangan tempatannya sendiri, Volvo Car Malaysia tidak lama lagi akan turut mengeksport kenderaan elektrik sepenuhnya ke pasaran di rantau ASEAN.

Baca artikel ini > Volvo S60 T8 Recharge nampak jinak, tetapi ganas

Berdasarkan SUV premium kompak, XC40 Recharge Pure Electric menampilkan penjana kuasa pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 418 km dengan sekali cas. Bersama-sama dengan pengumuman harga XC40 Recharge Pure Electric hari ini, Volvo Car Malaysia turut memperkenalkan ciri-ciri yang merangkumi:

  • kabel pengecas kereta
  • pakej perkhidmatan (tahun/km)
  • waranti kenderaan selama 5 tahun
  • waranti bateri HV selama 8 tahun
  • bantuan tepi jalan selama 5 tahun

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Kami berbesar hati melancarkan kenderaan elektrik penuh kami yang pertama di Malaysia. Pelancaran ini menjadi asas kepada kami untuk tampil sebagai jenama kereta elektrik mewah terkemuka di negara ini.

Baca artikel ini > Volvo V60 Recharge T8 baharu tiba di Malaysia

Bagi menyokong hasrat ini, kami komited untuk melancarkan kenderaan elektrik baharu setiap tahun dalam tempoh 5 tahun akan datang. Selain itu, kami juga mempunyai keupayaan untuk memasang kenderaan elektrik penuh kami sendiri untuk pasaran tempatan dan ASEAN.”

Ini adalah selaras dengan cita-cita global Volvo Cars – sumbangan 50% daripada barisan elektrik penuh menjelang 2025; sebuah syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030; dan menjadi syarikat neutral iklim menjelang 2040.

XC40 Recharge Pure Electric boleh didapati dalam lima pilihan warna – Black StoneCrystal White PearlDenim BlueGlacier Silver dan Sage Green. Pelanggan yang membuat pesanan mereka secara dalam talian dijangka akan mula menerima kenderaan mereka mulai penghujung April 2022 dan seterusnya, untuk semua lokasi di seluruh Malaysia.

Sementara itu, pembeli yang berminat boleh menempah pandu uji melalui www.volvocars.com/my atau menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti  Volvo Car Malaysia di Facebook  dan Instagram. – SM

Kredit: EnjinDotCom

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button