Nasional

Pengguna Perlu Bawa Kotak Pelitup Muka Dengan Tanda SIRIM Sepanjang Masa!

Mana-mana pengguna dalam negara ini mungkin akan disaran untuk bersiap sedia memikirkan cara untuk membawa kotak atau bungkusan pelitup muka yang memiliki penandaan MS SIRIM.

Hal ini demikian kerana tidak mustahil ada pihak mungkin mengkuatkuasakan peraturan mana-mana rakyat Malaysia yang tidak memakai pelitup muka dengan penandaan MS SIRIM :

  1. Ibarat bersuhabat dengan penjual pelitup muka tanpa penandaan MS SIRIM
  2. Boleh dipenjarakan kerana menipu pegawai KPDNHEP tanpa bukti jelas
  3. Sengaja menyokong industri pelitup muka tanpa penandaan MS SIRIM

Bagi pengilang dan pengeksport pelitup muka, tarik baliklah semua stok yang sudah dibuat dan bakar sahaja kos produksi untuk membuat kotak atau bungkusan baharu.

Takkan bajet begitu pun mahu minta KPDNHEP fikirkan. Ikut sahaja syarat 4 Julai depan, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kalau rasa leceh dan tak mampu nak berdepan dengan cabaran dunia akhir zaman, berhentilah berniaga pelitup muka. Mungkin boleh jual buah-buah potong atau buka perniagaan kedai fotostat.

Mungkin ada yang kata ini berita palsu, sekadar teori, konspirasi dan sebagainya namun apakah kita beranggapan selepas Perdana Menteri umum Malaysia memasuki fasa endemik, mengapa kotak atau bungkusan pelitup muka perlu ada tanda SIRIM baru nak diambil serius? Kita tak tahu apa yang pelik lagi akan terjadi!

Baca Juga: Pelitup Muka Simply K Tanpa Kotak Bercop SIRIM Tetap Tak Berguna Walaupun Ada Muka Nurul Zahid

(Visited 1,489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button