Nasional

Tukar sampah jadi duit

KENAPA perlu malu untuk jual sampah, daripada buang tepi jalan dan menyusahkan ramai pihak, lebih baik jika sampah tadi dikumpul dan jual, itu antara kata-kata peniaga sayur yang memanfaatkan sampah terpakai untuk dijual kepada Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC).

Peniaga sayur, Choong Xian Jun, 26 berkata sampah adalah duit dan bukan semua sampah tidak mempunyai nilai.

Sudah menjadi rutin harian Choong untuk mengumpulkan sampah yang boleh dijual seperti kertas, kotak dan barang plastik yang ada di rumah dan kedainya sebelum dibawa ke DTRC seminggu sekali.

Tambahnya, apa yang dia buat sekarang dapat memberi kepuasan terutama dalam menjaga kebersihan rumah dan kedai.

“Saya dapat jual RM20 hingga RM25 seminggu, jumlah yang diperoleh tidak besar namun ia memberi kepuasan lain kepada saya iaitu dapat menjaga kebersihan rumah dan juga kedai” katanya.

Turut berkongsi pengalaman seorang guru Effendy Che Kusni, 47, berkata beliau telah lama mengamalkan budaya kitar semula dan akan rasa rimas jika melihat sampah.

“Jika dahulu agak susah untuk menguruskan barang kitar semula, namun kini dengan adanya DTRC ia memudahkan orang ramai” katanya.

Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTCR), Perlis

Sementara itu, Pengurus Perancangan & Operasi E-idaman Sdn Bhd, Ahmad Zikry Badrin berkata antara usaha yang dilakukan oleh pihaknya bagi membudayakan kitar semula dalam kalangan masyarakat adalah menyediakan fasiliti DTCR.

“Fasiliti di Perlis bermula pada April 2021 dan alhamdulillah orang ramai mula mengunakkan sebaik mungkin fasiliti ini untuk kitar semula.

“Kadar kutipan barang kitar semual di Perlis pada 2021 adalah sebanyak 539,646 kilogram (kg), ini adalah merupakan peningkatan sebanyak peratus berbanding 436,785 pada tahun sebelumnya” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan membina satu lagi DTRC di Arau, enam di Kedah dan satu di Perak.

Dengan penambahan DTCR ia akan memudahkan orang ramai untuk melakukan penghantaran.

Sebelum ini orang ramai perlu menunggu hari kutipan dan kena letak di sangkar dan di sini kami memudahkan penghantaran, mereka boleh menukarkan barang kitar semula itu dengan tunai dan boleh menjana pendapatan. – Bernama – SM

(Visited 537 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button