HiburanUncategorized

Lafaz taklik dan penipuan dari isteri Along Cham terbongkar

BAGAI plot twist drama Pelawak terkenal Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, baru sahaja keluar penjara sungai buluh semalan kini dikejutkan berita akan memfailkan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dalam masa terdekat.

Memetik dari petikan M’star, Keputusan ini dibuat selepas Afreena didakwa melanggar tiga perjanjian yang dipersetujui mereka sebelum ini.

Lebih mengejutkan, Along turut mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang ramai, yang dianggarkan mencecah lebih RM100,000. Dana tersebut dikumpul oleh Afreena dengan alasan untuk membantu Along sepanjang beliau ditahan di Penjara Sungai Buloh atas tuduhan memiliki dadah sejak akhir tahun lalu.

“Dana-dana itu dikatakan untuk kegunaan saya, tetapi ia tidak pernah sampai kepada saya. Kos ikat jamin semalam adalah hasil usaha ibu saya, ahli keluarga, dan Didie Alias, bukan daripada dana tersebut,” kata Along.

Selebriti Terkesan, Termasuk Aaron Aziz

Antara selebriti yang turut menjadi mangsa adalah pelakon Datuk Aaron Aziz, yang menyumbang RM5,000 selepas diminta RM20,000 oleh Afreena. Wang itu dikatakan untuk membayar ikat jamin Along, tetapi sebenarnya telah dilunaskan oleh keluarga beliau.

“Saya sudah memaklumkan kepada Aaron untuk mengambil tindakan mendapatkan kembali wang tersebut. Saya juga memohon maaf bagi pihak isteri kerana mempergunakan nama saya untuk kepentingan sendiri,” jelas Along.

Sementara itu, ibu Along, Siti Habsah Kadir, telah membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan dana tersebut, dan pihak berkuasa akan memanggil semua pihak yang terlibat untuk membantu siasatan.

Kemelut Rumah Tangga dan Kes Mahkamah

Dalam pada itu, Along turut mendedahkan kehadiran orang ketiga sebagai salah satu punca konflik perkahwinannya.

“Saya sudah beri peluang, tetapi dia tetap melanggar perjanjian. Saya tidak sangka semuanya berakhir begini,” katanya.

Pada masa yang sama, Along kini berdepan dua pertuduhan lain di Mahkamah Majistret melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah. Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan.

Latar Belakang Perkahwinan

Untuk makluman, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024, selepas sembilan tahun Along menduda.

Namun, hanya sembilan bulan selepas perkahwinan itu, kemelut rumah tangga mereka kini menjadi perhatian umum.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button