Auto TravelBerita Auto

Volvo C40 terima penarafan 5 bintang Euro NCAP

JENAMA Volvo dengan SUV mereka C40 Recharge elektrik sepenuhnya telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang dalam ujian Euro NCAP 2022, bersama-sama dalam barisan Volvo Cars sebagai salah satu kereta paling selamat di jalan raya hari ini.Penarafan itu meneruskan rentetan lima bintang Volvo Cars dalam ujian Euro NCAP, kerana semua model Volvo yang diuji yang dijual hari ini menerima lima bintang dalam penilaian Euro NCAP masing-masing.

C40 Recharge telah mendapat nilaian yang sangat baik pada segi keselamatan penumpang dan sistem bantuan pemandu, dibantu oleh salah satu sistem keselamatan standard yang paling maju dalam segmennya.

Teknologi keselamatan ini membantu pemandu mengesan dan mengelakkan berlakunya perlanggaran, kekal di lorong mereka dan ini akan mengurangkan kesan dari terkeluar secara tidak sengaja.

Volvo C40 Recharge (biru) dan Volvo XC40 Recharge (putih)

“Kami akan sentiasa menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam keselamatan,” kata Malin Ekholm, Ketua Pusat Keselamatan Kereta Volvo. “Ini lebih bermakna mematuhi piawaian keselamatan yang ketat dalam semua kereta Volvo, kebanyakannya dihasilkan dari semasa ke semasa. Tidak kira Volvo yang anda pilih, anda dan orang tersayang anda akan memandu salah satu kereta paling selamat di pasaran.”

Dilancarkan pada 2021, C40 Recharge ialah model elektrik sepenuhnya kedua Volvo Cars. Pada tahun seterusnya akan datang, Volvo Cars merancang untuk melancarkan sebuah kereta elektrik tulen, salah satu pelan elektrifikasi industri yang paling terbaik.

Volvo Cars ialah pembuat kereta pertama yang ditubuhkan untuk komited kepada elektrifikasi yang menyasarkan untuk menjual kereta elektrik tulen menjelang 2030.

Menjelang 2025, mereka akan menyasarkan separuh daripada jumlah globalnya terdiri daripada kereta elektrik tulen. Volvo generasi akan datang juga bertujuan untuk menetapkan piawaian baharu dalam keselamatan. – SM

Kredit: EnjinDotCom

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button